PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI 

 

Pakej Perlindungan Kemalangan Diri

 

 

MALANG tidak berbau dan tidak ada sesiapa yang dapat meyangka sekiranya ia terjadi. Santai Privilege Card yang istimewa ini sangat menitikberatkan kebajikan para ahlinya dengan menyertakan pakej insuran perlindungan diri. Pakej ini akan melindungi anda pada setiap hari dan setiap jam dalam setahun dalam segala bentuk kemalangan samada di tempat kerja, di rumah, ketika bersiar-siar atau di mana-mana sahaja ianya terjadi. Dengan cara ini kami berharap agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pemegang kad terbabit.

 

Carta Pakej Perlindungan Kemalangan Diri:

i.              Kemalangan Diri                                 RM50,000 

ii.            Kecacatan kekal                                  RM50,000 

iii.           Khairat Kematian/Bantuan               RM2,000 

iv.            Tuntutan Perubatan                            RM1,000

v.             Elaun Hospital (sehingga 120 hari  RM6,000 

vi.            Yuran Ambulan                                     RM200

 

Tambahan:

 

 

  • Pakej-pakej di atas hanya sah sekiranya berlaku kemalangan sahaja. Sebab-sebab selain kemalangan jika dimasukkan ke Hospital adalah tidak dibenarkan.

 

  • Jika berlaku kemalangan dan sebahagian dari anggota tubuh badan hilang, putus atau cacat, ia akan dibayar mengikut peratus kecacatan dan kehilangan anggota.

 

  • Walau bagaimanapun bayaran perubatan perlu dijelaskan dahulu oleh ahli dan tuntutan semula boleh dibuat dengan tidak melebihi RM1000* sahaja untuk setiap kes beserta dengan bukti-bukti pembayaran.

 

  • Yuran Ambulan juga boleh dituntut sehingga RM200* sahaja untuk setiap kes dan bukti-bukti pembayaran juga diperlukan semasa membuat tuntutan berkenaan.

 

  • Pastikan nama pewaris adalah waris yang paling hampir dan anda dilarang sama sekali untuk meletakkan penama kepada bukan waris. Ini adalah untuk mengelakkan kesukaran membuat tuntutan pada masa hadapan.