ERACARD - BANTUAN PEMOTORAN 

Bantuan Penundaan Kereta/Motor

 

 

MEMEPERKENALKAN Emergency Road Assistance (ERA) yang pasti membantu anda sekiranya kenderaan anda rosak di atas jalan raya. Kini anda tidak perlu risau sekiranya perkara ini terjadi ke atas anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan info bantuan tunda melalui SMS untuk mengetahui panel-panel bengkel dan trak tunda kami yang berdekatan dengan tempat kejadian.

 

Cara untuk mendapatkan khidmat trak tunda melalui SMS ialah:

 

Sila taip SMS:

 era<jarak> tow <jarak> lokasi kejadian dan hantar ke 36553.

Contoh:

era<jarak>tow<jarak>serdang dan SMSkan ke 36553

 

Dengan langkah ini, anda tidak perlu merasa panik dan masa menunggu juga dapat dipendekkan. Seterusnya anda boleh mengarah panel kami untuk menghantar kenderaan anda ke bengkel yang anda pilih. Walau bagaimanapun, anda dikehendaki membayar khidmat tunda tersebut terlebih dahulu sebelum boleh menuntut semula bayaran dari kami. Kelebihan yang ditawarkan oleh ERA adalah tuntutan semula sehingga RM300 setiap kes yang bermaksud anda layak mendapat semula 100% atau 50% pulangan dari jumlah bil asalkan ia tidak melebihi had ringgit yang dinyatakan tadi.