MATA GANJARAN SMS POINT 

Mata Ganjaran SMS Santai Privilege Card

 

 

KEANGGUNAN dan keunikan Santai Privilege Card ini terlihat pada rekaannya yang moden dan elegan sekaligus mempesonakan mata yang memandang. Anda sudah tentu berbangga kerana memiliki kad keahlian ini yang bukan sahaja menarik tetapi menawarkan pelbagai keistimewaan, faedah dan kemudahan kepada pengguna kad.

 

Dengan sistem SMS yang tidak asing lagi bagi pengguna telefon bimbit, ianya memudahkan para pengguna untuk mencapai maklumat dalam masa yang singkat dan mudah. Melalui sistem ini juga mata ganjaran SMS dapat dikumpul pada setiap kali anda berbelanja dengan cara menghantar kod yang tertera di resit kepada kami. Mata-mata ganjaran ini kemudiannya akan dikumpul bagi melayakkan anda untuk menuntut atau memenangi hadiah-hadiah yang disediakan di dalam program ini. Sungguh mudah dan ia mampu memberi pulangan yang berbaloi kepada anda setiap kali berbelanja. Jadi janganlah berlengah lagi dan mulalah mengumpul mata ganjaran anda dari sekarang.


Bagaimana untuk mendapatkan point dari SMS?

 

 

BERBELANJALAH di mana sahaja dan simpan resit atau bil pembelian anda. Kemudian anda hanya perlu menghantar SMS kepada kami dengan menaip nama premis perniagaan tempat anda berbelanja. Contohnya adalah seperti berikut:

 

Sila taip SMS:

Santai <jarak> p <jarak> jumlah bil <jarak> no kad ahli <jarak> nama hotel/restoran/premis dan hantar ke 36553

Contoh:

santai <jarak> p <jarak> RM250 <jarak> 888012348 <jarak> hotel hilton kuching dan hantar ke 36553

 

Anda akan menerima jawapan balas secara automatik di telefon bimbit anda seperti:

“Tahniah, anda telah mendapat 2 mata SMS. Mata terkumpul anda yang terkini adalah ...... Teruskan mengumpul mata ganjaran kerana pelbagai hadiah menarik menanti anda”

 

Mata ganjaran SMS ini telah ditetapkan di mana setiap pembelian atau pembayaran bermula dari RM 10.00 hingga RM1,000 akan mendapat mata SMS sebanyak 1 hingga 100 point. Contohnya kalau bil berjumlah RM189 dikira 10 mata, RM654 dikira 60 mata dan begitulah seterusnya. Jika berbelanja melebihi RM1,000, ia dikira 100 mata sahaja. Jumlah mata ganjaran terkumpul adalah bermula dari 1500 point.

 

Kami juga sentiasa menggandakan aktiviti kepada ahli agar dapat mengumpul mata tertinggi dalam sehari, mingguan dan bulanan sekaligus memberi perangsang untuk lebih berusaha mencuba mencapai mata ganjaran yang lebih tinggi dan seterusnya melayakkan diri untuk memiliki hadiah-hadiah yang ditawarkan.

 

 

Bagaimana untuk menebus mata SMS

(SMS point)

 

 

Anda akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa anda telah layak untuk membuat tebusan hadiah. Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan:-

 

  1. Mengisi borang tebusan yang boleh didapati di pejabat kami atau di kaunter promosi;
  2. Lengkapkan butir-butir yang dikehendaki di dalam borang tersebut;
  3. Pastikan kad keahlian anda masih dalam sah tempoh laku kerana sekiranya ia telah tamat tempoh anda tidak layak untuk membuat tuntutan;
  4. Bawa bersama segala resit-resit dan bil-bil pembelian yang telah dibuat sebelum ini.

 

Kumpul ~ Tukar ~ Menang

 

 

MATA GANJARAN terkumpul yang melayakkan anda untuk penebusan hadiah akan dimaklumkan secara otomatik melalui SMS. Pelbagai tawaran hadiah menanti anda termasuk hadiah utama iaitu Sijil Simpanan Premium BSN (SSPBSN). 1,500 mata SMS diperlukan untuk mebolehkan anda untuk menerima SSPBSN dan seterusnya melayakkan pemiliknya untuk turut serta dalam cabutan bertuah SSPBSN yang diadakan pada setiap bulan.

 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan di dalam cabutan bertuah tersebut amat lumayan seperti kereta mewah, motorsikal, peralatan elektrik, komputer riba, telefon bimbit, tiket pelancongan dan bermacam-macam lagi. Sekiranya anda mula berbelanja dengan menggunakan Santai Privilege Card pada hari ini, peluang untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut di atas adalah amat tinggi dan menggalakkan. Jika dalam setahun anda boleh mengumpul 100 SSPBSN, ini bermakna anda telah mendapat RM1,000 tunai secara percuma*. Kesemua SSPBSN ini adalah layak untuk menyertai cabutan bulanan SSPBSN seumur hidup selagi ia tidak ditebus.

 

 

* Percuma 1 unit = RM10 x 100 SSPBSN = RM1000

 

 

Promosi hadiah semasa dan aktiviti

 

 

Berikut adalah hadiah-hadiah dan promosi-promosi dari masa ke semasa yang ditawarkan kepada ahli-ahli Santai Privilege Card:-

 

  • Tiket penerbangan, keretapi, bas dan feri
  • Baucer hotel percuma
  • Baucer makan dan membeli belah
  • Peralatan elektrik/elektronik dan sukan.
  • Telefon bimbit dan lain-lain lagi.