SANTAI PRIVILEGE CARD
Tempahan hotel kini akan menjadi lebih mudah, mesra dan murah dengan adanya Santai Privilege Card dan nikmatilah harganya yang istimewa khusus untuk pemegang-pemegang kad keahlian ini sahaja. Sekiranya anda mendapati harga yang ditawarkan oleh kami adalah lebih mahal berbanding dengan harga yang ditawarkan di kaunter hotel, kami akan bertanggung jawab untuk memulangkan* semula wang anda. Dengan cara ini kami dapat menanamkan kepercayaan dan keyakinan anda dengan servis dan perkhidmatan kami serta berusaha untuk memperbaiki kelemahan agar dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Pakej-pakej yang disediakan adalah seperti pekej percutian, pakej umrah, pakej pelancongan, tiket penerbangan dan penyewaan kereta. Kami juga menyelaras kunjungan dan lawatan ke taman-taman tema, restoran-restoran dan pusat-pusat kesihatan. Pemegang-pemegang kad eksklusif ini juga amat bertuah kerana selain dapat menikmati diskaun di dalam pakej-pakej, program-program dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, anda sekaligus dapat memungut mata ganjaran SMS (smspoint) di tempat-tempat tersebut. Mata ganjaran akan terus dinikmati pada setiap pembelian atau pembayaran yang dibuat.
Kami juga mempunyai pebagai jenis produk dan premis perniagaan yang mengambil bahagian secara aktif dalam program ini dan ia akan bertambah dari masa ke semasa.
Baucer Hotel Istimewa
PERCUMA!!… Baucer istimewa untuk lebih dari 100 buah hotel di seluruh
Pakej-pakej Istimewa
PAKEJ-PAKEJ ISTIMEWA yang terdapat di dalam Santai Privilege Card ini adalah seperti pakej percutian, pakej melancong, umrah dan ziarah dan pakej bulan madu. Anda juga boleh menggunakan kad ini untuk membuat tempahan individu atau berkumpulan. Cara membuat tempahan juga amat mudah. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat tempahan atau memilih dan merancang terlebih dahulu destinasi percutian anda melalui info yang terdapat di dalam buku panduan ini atau melalui IOD.
Baucer HOTEL / PENGINAPAN Percuma
(Free stay voucher)
ISTIMEWA untuk para pemegang Santai Privilege Card. Kami membawa berita gembira kepada anda di mana kini anda berpeluang untuk menginap di hotel secara percuma. Kami menawarkan pakej PERCUMA 5 hari 4 malam, 4 hari 3 malam, dan 3 hari 2 malam di hotel-hotel terpilih. Apa yang hanya perlu anda lakukan adalah menghubungi kami dan maklumkan tarikh yang anda pilih dan segalanya akan diuruskan oleh kami tanpa membebankan fikiran anda.

