MESEJ DARI PENGARAH URUSAN 

 Ahli kad yang dihormati,

 

Salam mesra dari Santai Privilege Card ..

Santai! Nama yang melambangkan ketenangan dan kenyamanan. Santai Privillege Card yang kami perkenalkan kepada anda ini adalah sesuai dengan maksudnya di samping tujuan utama kami untuk membantu anda mengecapi keselesaan hidup.

Kami telah menuju ke arah perniagaan tanpa sempadan dan kami akan terus berusaha untuk memantapkan lagi program kad keahlian ini agar setanding dengan kad-kad keahlian ekslusif berprestij yang lain.

Ianya juga merupakan antara tanggungjawab kami kepada negara dalam menyumbang usaha kepada kestabilan ekonomi negara dengan cara yang efektif dan meyakinkan. Menyedari hakikat tersebut, kami di Santai Privilege Card telah merangka dan merancang program mencegah inflasi ketika berbelanja. Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan pelbagai keistimewaan dan kemudahan yang menarik di dalam pakej ini yang pasti dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

                Kad keahlian Santai ini adalah merupakan kad pilihan terbaik dalam membantu menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu menunggu promosi atau jualan murah yang kebanyakannya ditawarkan lebih tinggi oleh sesetengah pihak. Jadilah pengguna yang bijak, wajar dan berhemah ketika berbelanja untuk mengelakkan inflasi sifar. Caranya adalah dengan mengetahui, merancang dan meneliti kemampuan ketika berbelanja melalui informasi yang terdapat di dalam buku ini.

                Selain itu, program mata ganjaran SMSpoint dan penggunaan baucer-baucer istimewa yang ada juga dapat meminimumkan kos-kos seharian dan seterusnya dapat merealisasikan kesempurnaan hidup anda melalui penjimatan perbelanjaan sepanjang tahun. Jadilah ahli yang aktif pada hari ini dan nikmati keistimewaan yang kami tawarkan kepada anda.

                Akhir kata, kami di Santai Privilege Card ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada anda yang telah menjadi ahli Santai Privilege Card. Mulalah menggunakan kad keahlian anda hari ini!

 

                Sekian, terima kasih.

 

                SAFIAN HJ ABDULLAH

                Pengarah Urusan